Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
1. Bermimpi menunaikan sholat artinya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji artinya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
3. Bermimpi memasuki masjidil haram atau melakukan tawaf di baitulallah artinya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
5. Bermimpi memohon doa kepada Allah SWT atau membaca al Qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas dari bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
6. Jika bermimpi membaca Al qur'an dengan suara yang nyaring tandanya anda akan panjang umur
7. Jika bermimpi berpuasa artinya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud artinya anda akan bertapa
9. Bermimpi sembahyangkan jenazah artinya anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
11. Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
12. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan artinya anda akan mendapat berita yang gembira
13. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus artinya anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
14.Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
15.Jika bermimpi melihat jalan yang sempit artinya anda akan mengalami kesukaran
16. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda artinya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
17. Bermimpi mengenai anak panah artinya anda akan mendapat surat
18. Jika bermimpi diri di panah orang artinya anda akan mengirim berita kepada orang
19. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
20. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
21. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
22. Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
23. Bermimpi memakai gelang perak di kaki artinya anda akan mendapat kebajikan
24. Bermimpi duit terbelah dua artinya anda akan bergaduh
25. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
26. Bermimpi berkain hijau artinya segala pekerjaan yang dilakukan akan mendapat keridhaan Allah SWT.Bermimpi memakai kain artinya anda akan mendapat keuntungan yang besar
27. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak artinya keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju artinyakematiannya
28. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah artinya pekerjaan anda diberkati
29. Jika bermimpi bunyi rebab artinya beroleh kegembiraan dalam hidup
30. Jika bermimpi makan kue apam artinya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
31. Bermimpi makan gula aartinya seseorang akan berduka cita
32. Bermimpi makan makanan masam artinya anda akan sakit atau berduka cita
33. Jika bermimpi memakan obat artinya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
34. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
35. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
36. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
37. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
38. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
39. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh artinya anda akan difitnah.
40. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
41. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding artinya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
42. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
43. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
44. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk artinya pekerjaan anda akan sempurna
45. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
46. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
47. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
48. Jika bermimpi melihat Allah SWT dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
49. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
50. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
51. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
52. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
53. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
54. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, artinya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
55. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
Judul : Tafsir Mimpi Menurut Primbon Jawa
Deskripsi : Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian 1. Bermimpi menunaikan sholat artinya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat 2. Bermimpi berl...